Sikorsky SH-60 Seahawk
Sikorsky SH-60 Seahawk

Sikorsky SH-60 Seahawk

Sikorsky SH-60/MH-60 Seahawk adalah sebuah helikopter maritim pelbagai misi dengan enjin turbin aci berkembar yang kini digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Seahawk dibangunkan berasaskan kerangka helikopter UH-60 Black Hawk yang digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat dan merupakan terbitan daripada keluarga Sikorsky S-70. Antara pengubahsuaian yang paling penting adalah ekornya yang boleh dilipat bagi mengurangkan keluasan yang diperlukan semasa di atas kapal. Tentera Laut A.S. menggunakan kerangka H-60 dengan designasi model SH-60B, SH-60F, HH-60H, MH-60R, dan MH-60S. Seahawk boleh diatur gerak daripada sebarang kapal dari jenis frigat, pembinasa, penjajap, kapal sokongan tempur laju, kapal serangan amfibia atau kapal pengangkut pesawat. Antara peranan dan misi yang boleh dilaksanakan oleh Seahawk adalah peperangan anti-kapal selam (ASW), peperangan bawah laut (USW), peperangan anti permukaan (ASUW), peperangan khas laut (NSW), Cari dan Selamat (SAR), Cari dan Selamat Tempur (CSAR), vertical replenishment (VERTREP) dan pengeluaran perubatan (MEDEVAC). Kesemua helikopter H-60 tentera laut boleh membawa sama ada tali menyelamat Lucas Western atau Breeze Eastern untuk misi SAR/CSAR.